Khamis, 13 Februari 2014

Assalamualaikum rakan pembaca yg setia, ash nk kongsi kan respi ciptaan ash yg mudah dan ringkas..biasa kalau tengok dekat kedai mahal je kek black forest nie kan? dari itu ash cuba sedaya upaya buatkan respi yg amat simple dan rasanya sedap.. Insyallah...

Kek Black Forest Ala A.A.A


Bahan2:
1 cwn sebuk koko
1 cwn gula pasir
1 cwn susu segar
1 cwn minyak jagung
1/2 cwn susu pekat

*satukan semua bahan dlm periuk sehingga gula cair, api perlahan..

Bahan b..
1 1/4 cwn tepung gandum*
2 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat* (ayak bahan bertanda *)
1/2 sudu teh garam
3 bj telur
2 sudu teh esen vanilla

Bahan hiasan:

ceri merah
whipping cream non dairy
filling blueberry


Cara2:
* panaskan kukusan, pukul telur hingga kembang, masukkan adunan koko td, gaul sebati. Masukkan bahan ayak sikit2 hingga habis bersama esen vanila. Lapis loyang dgn kertas minyak, kukus selama 1 jam atau hingga masak. Dah sejuk, bahagi kek kpd 2 bahagian. Bhgn pertama, sapukan filling blueberry kemudian sapu whipping cream, letak kek kedua. Bhgn atas kek, deco dgn whipping cream.



Selamat Mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan