Assalamualaikum, nie nak kongsikan kegemaran sy.. lama tak buat kek nie.. last makan masa raya taun 2008 , dalam masa tu simpan tekad nak cuba buat , Alhamdulilah Akhirnya berjaya buat..saya kongsikan respi sy..
KEK ASAM MANIS ALA A.A.A
Bahan:
1 cwn tepung naik sendiri
1 cwn gula kastor(ash guna gula halus yg di kisar je)
1 cawn minyak masak
1 1/2 cawan biskut marrie
4 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 st esen vanilla
1 st teh ovallete
secubit garam
asam manis secukupnye
pewarna(ash guna 3 warna , merah , hijau n kuning )
cara2nya :
1.kisar biskut marrie sehingga halus dan ayakkannye(ash tak ayak pun asalkan kita kisar betol2 halus)
2.panaskan kukusan terlebih dahulu..pukul ovallete + telur + gula sehingga kembang dan gebu
3.campurkan esen vanilla + garam + susu putar sebati dan masukkan minyak
putar sebati masukkan tepung dan biskut marrie yg telah diayak
bahagi kepada 3 kaler.
4.sapukan acuan dengan marjerin dan alas dgn kertas minyak.
5.masukkan sesenduk atau secukupnya dan kukus dalam 7-10 minit dan
siap, padatkan kek , susun asam manis dan ulang langkah ini hingga habis
adunan.
last sekali kukus selama 20 minit
-asyrafvritz- -Selamat Mencuba
Khamis, 13 Februari 2014
Kek Black Forest Ala A.A.A
Bahan2:
1 cwn sebuk koko
1 cwn gula pasir
1 cwn susu segar
1 cwn minyak jagung
1/2 cwn susu pekat
*satukan semua bahan dlm periuk sehingga gula cair, api perlahan..
Bahan b..
1 1/4 cwn tepung gandum*
2 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat* (ayak bahan bertanda *)
1/2 sudu teh garam
3 bj telur
2 sudu teh esen vanilla
Bahan hiasan:
ceri merah
whipping cream non dairy
filling blueberry
Cara2:
* panaskan kukusan, pukul telur hingga kembang, masukkan adunan koko td, gaul sebati. Masukkan bahan ayak sikit2 hingga habis bersama esen vanila. Lapis loyang dgn kertas minyak, kukus selama 1 jam atau hingga masak. Dah sejuk, bahagi kek kpd 2 bahagian. Bhgn pertama, sapukan filling blueberry kemudian sapu whipping cream, letak kek kedua. Bhgn atas kek, deco dgn whipping cream.
Selamat Mencuba!
Rabu, 22 Januari 2014
Assalamualaikum...Bagi yg berjinak dalam bidang bakeri. jom kita kenali barang2 asas bakeri dan fungsinya
campur dan ayak 3 kali,siap di guna dan simpan dlm bekas tertutup
![]() |
| Gambar ihsan google |
Fungsi barang membuat kek..
Gandum..
Gandum..
![]() |
| Gambar ikhsan google |
Dalam pembuatan kek, tepung yang sering
digunakan adalah tepung protin rendah (low protein) seperti tepung kek, tepung
superfine, red rose dan sebagainya. Anda boleh gunakan tepung gandum biasa
(serbaguna/protin sederhana) tetapi teksturnya lebih kasar berbanding jika
menggunakan tepung protin rendah yang menjadikan kek lebih halus. Tepung gandum
berfungsi sebagai agen penyerap cecair dari telur/air dan membentuk struktur
yang kukuh buat kek itu. Tanpa tepung yang cukup, kek menjadi lembik seperti
puding.
Di sini juga sy selitkan kaedah mudah nak buat tepung naik sendiri dan tepung superfine..so tak usah susah2 beli kt kedai..
1. tepung naik sendiri
1. tepung naik sendiri
![]() |
| Gambar ikhsan google |
Kaedah 1
Bahan :
6 cawan tepung naik sendiri
3 sudu besar baking powder
1 sudu teh garam halus
Cara:
ayak semua dan simpan dalam bekas tertutup , siap di gunakan.
Kaedah 2
Bahan:
Kaedah 2
Bahan:
500gm tepung gandum
7 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus
Cara :
Cara :
800gm tepung gandum
200gm tepung jagung
cara:
200gm tepung jagung
cara:
ayak 3 kali dan gaul sebati , simpan dalm bekas kedap udara dan siap utk di gunakan
Dalam bidang bakeri terdapat pelbagai jenis tepung dan setiap di antara mereka mempunyai fungsi yg tersendiri.
Informasi dari Fotopages Kak Hanieliza...: )
TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.
TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap glutin yg tinggi.
TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.
TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.
TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.
TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.
TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR
Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.
TEPUNG ROSE atau TEPUNG BISKUT
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.
TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.
TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.
Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.
TEPUNG WHOLEMEAL atau TEPUNG ATTA
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).
TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).
Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.
TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.
TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).
TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.
TEPUNG NAIK SENDIRI
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)
TEPUNG GLUTINOUS RICE
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.
TEPUNG BERAS
Terdiri dari gluten-free, dibuat dari beras yang dimesin halus. Banyak digunakn dalam membuat kueh ttradisional [kueh apam, lapis, talam] dan juga sebagai bancuhan gorengan kueh, Juga untuk pembuatan bihun dan laksa.
TEPUNG SAGU
Terdiri dari tepung yang gluten-free. Dibuat dari bagian tengah pohon sagu.
Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.
TEPUNG KEK
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.
TEPUNG OPTIMA
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.
TEPUNG KACANG HIJAU
Selalu digunakan untuk membuat kueh koleh kacang dan kueh tepung gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket bewarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung hoen kwee [juga tepung kacang yg diimpot dari Indonesia untuk membuat kueh tako.
TEPUNG BISKUT MARIE
Sejenis tepung ygg selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daridapa biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar sehingga betul-betul halus.
Ros tambah sikit
TEPUNG KANJI KENTANG- ros gunakan untuk memekatkan kuah dan tambah dua tiga sudu besar dalam adunan goreng pisang@goreng keledek atau tepung goreng ayam untuk membuatkanya lebih rangup dan tidak terlalu meresap minyak.
setahu ros tepung terigu sama dengan tepung berprotein tinggi- tepung terigu bahasa Indonesia.

Bismilahirahmanirahim..
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA....
Pesan sy pada yang baru berjinak nak belajar membaking teruskan usaha anda dan jgn pernah berhenti mencuba. Teringat sy kisah sy mula2 nak buat kek coklat kukus atau nama kek tu sekarang saya panggil ' A.A.A kek coklat kukus. mula2 sy ambik respi dari kawan serta guru ,walau bagaimana pun sy selalu gagal dalam membuatnya.. asyik bantat dan x sedap.. kurang lebih 20 kali sy mencuba dan akhirnya sy menciptarespi sy sendiri.. yg kini namanya A.A.A kek coklat kukus..
Oleh yg demikian sy mulakan pembukaan blog sy dengan respi A.A.A Kek Coklat KuKus
kek coklat kukus Asyraf Vritz
bahan2kek
1 cwn srbuk koko
1 cwn gula pasir
1 cwn susu
1cwn minyak jagung
1/2 cwn susu pekat
*satukan bahan di atas dan mask di ats dapur dgn api perlahan hingga gula cair..
Bahan ayak
1 1/4 cwn tepung gandum
2 sudu teh b.powder
1 sudu teh soda bicabonat
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
cara:-
panaskn kukusan-pukul telur hingga kembang.
-masukkan bahan koko yg dimasak dan gaulkan sebati.
-masukkan bahan yg di ayak sedikit demi sedikit hingga habis dan msukkan esen vanila.-sedikan loyang(sy guna 7 x 7) lapiskn kerts minyak di bhgian bwh dan kukus 1 jam..

-SELAMAT MENCUBA-
Langgan:
Catatan (Atom)